SusuIbu.com di Babes'08

Original Image Pada 21 hingga 23 Mac, 2008 SusuIbu.com akan menyertai ekspo Babes’08 bersempena Smart Kids’08 di Putra World Trade Centre (PWTC). Lawati gerai SusuIbu.com bernombor 2037 bersebelahan dengan ‘Breastfeeding Corner’. Pelbagai program menarik boleh diikuti sepanjang tempoh ekspo! Orang ramai serta bakal ibu dan bapa dijemput datang beramai-ramai menimba ilmu serta memeriahkan suasana!Peta ke Gerai SusuIbu.com, 2037 dan Breastfeeding Corner

Antara program yang telah dirancang di gerai SusuIbu.com dan Breastfeeding Corner sepanjang ekspo berjalan adalah:
– Program ‘Learn and Win!’. Sessi Kaunseling Penyusuan susu ibu percuma untuk bakal ibu dan ayah (pasangan juga berpeluang untuk memenangi hadiah menarik dengan menyertai kuiz diakhir sessi kaunseling)
– Program ‘Breastfeeding Awareness Quiz’. Kuiz Kesedaran Penyusuan Susu Ibu untuk orang awam
– ‘Breastfeeding Awareness Posters’. Pameran poster maklumat penyusuan susu ibu

Puan Kamariah, Pemilik SusuIbu.com akan memberikan 2 ceramah di Pentas Utama Babes’08 sempena siri seminar seperti berikut:
22 March, 6:00ptg – Techniques for Breastfeeding
23 March, 3:30ptg – Breastfeeding for Working Mother

Selain itu, pengunjung juga akan berpeluang menemui Ikon Penyusuan Susu Ibu seperti berikut:
Puan Jasmeen Tay – Kaunselor Laktasi – Jumaat 2:30ptg- 6:30ptg
Puan Rita Rahayu – Kaunselor Laktasi Pa&Ma – Sabtu 2:30ptg – 6:30ptg
Puan Vivian Foo – Pakar Pakaian Dalam Ibu Menyusu – Jumaat 10:30 pg- 12:30tgh & Ahad 1:30ptg – 4:30ptg
Temui mereka di gerai SusuIbu.com dan berkongsi maklumat secara peribadi dengan mereka!

Muat turun maklumat lanjut aturcara program Babes 08!