SusuIbu.com Diziarahi 7 Delegasi Kementerian Bangladesh

Original Image
Hari ini kami berasa amat bertuah kerana menerima kunjungan lawatan 7 orang delegasi dari Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Keluarga, Dhaka, Bangladesh.

Terdahulu dari itu, saya telah memberi sedikit taklimat mengenai aktiviti dan latar belakang SusuIbu.com kepada rombongan tersebut di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM. Pusat Pengembangan, Keusahawanan dan Pemajuan Profesional (APEEC), UPM selaku tuan rumah telah mempelawa ahli rombongan tersebut untuk melihat lebih dekat SusuIbu.com di Bandar Baru Bangi.

Diharap, dari lawatan tersebut, boleh menjadi inspirasi kepada mereka terhadap perlaksanaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu di sana.