SusuIbu.Com International Lactation Conference 2010

Original Image

Alhamdulillah, pada 5 7 Oktober 2010 yang lalu, Nurturing Concepts Sdn Bhd telah berjaya menganjurkan buat julung-julung kali Persidangan Penyusuan Antarabangsa SusuIbu.Com 2010 di Pullman Putrajaya Lakeside Hotel. Persidangan ini mendapat sambutan hangat dan dihadiri oleh peserta-peserta daripada Malaysia, Singapura, Brunei, Filipina, Thailand, Hong Kong, Amerika Syarikat dan Indonesia.

Original Image

Persidangan ini dirasmikan oleh Y.B Datuk Rosnah Shirlin binti Hj Abdul Rashid Shirlin, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, pada hari pertama persidangan ini bermula. Persidangan ini dihadiri oleh 160 orang peserta yang terdiri daripada doktor, jururawat, pakar laktasi dan juga individu-individu yang sangat menyokong penyusuan ibu ini.

Original Image

Antara penceramah terkemuka yang dijemput untuk berkongsi ilmu dan pengalaman mereka dalam persidangan ini ialah Dr Jack Newman, Pakar Laktasi Antarabangsa dan juga penulis buku The Ultimate Books of Answers dan Latch & Other Keys to Successful Breastfeeding, Diana West, yang terkenal dengan bukunya Making More Milk dan juga merupakan antara tiga orang penulis buku Womenly Art of Breastfeeding dan Sue Cox yang menulis buku Baby Magic dan Breastfeeding with Confidence.

Semasa persidangan ini dijalankan, terdapat juga gerai-gerai jualan iaitu gerai daripada pihak penganjur sendiri, Nurturing Concepts Sdn Bhd, yang menjual barang-barang keperluan ibu dan bayi serta buku-buku mengenai penyusuan ibu dan mendapat sambutan hangat oleh para peserta. Ada juga gerai jualan kerusi khas untuk menyusu iaitu daripada pihak Oeko yang juga merupakan sponsor terbesar untuk persidangan ini. Terdapat juga beberapa jenis pam menyusu yang dijual oleh pihak Histopoint Sdn Bhd dan Questo. Tidak kurang juga gerai-gerai yang menjual pakaian menyusu seperti Butik MumDreams dan Lunatots. Antara gerai-gerai lain seperti The Green Pocket, Grolier Malaysia, Tiny Tapir, Kidz Craft dan juga pihak UNICEF. Ramai juga pengunjung-pengunjung luar yang datang ke gerai-gerai jualan bagi mendapatkan harga istimewa yang diberikan.

Terima kasih kepada semua yang menyokong serta menyertai persidangan yang dianjurkan ini. Semoga ilmu yang dicurahkan oleh kesemua penceramah yang didatangkan khas untuk berkongsi pengalaman serta ilmu yang mereka ada, dapat dikongsi bersama bagi menyokong serta memberi semangat kepada semua rakyat Malaysia untuk memberikan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Sesungguhnya Tiada yang lebih baik daripada susu ibu. Ini juga adalah demi pembangunan keluarga, masyarakat dan juga negara kita.

Original Image

Original Image

Original Image

Original Image

Original Image

Original Image

Original Image

Original Image