SusuIbu.com Kini Berusia 2 tahun!

Original ImageHari ini genaplah usia SusuIbu.com 2 tahun. Kini ahli berdaftar di SusuIbu.com telah mencatat bilangan 689. Walaupun bilangannya masih terlalu kecil jika dibandingkan dengan bilangan penduduk di Kuala Lumpur sekalipun, namun, dengan keahlian yang sentiasa bertambah setiap hari, diharapkan SusuIbu.com akan terus dijadikan laman rujukan serta sokongan oleh mereka yang memerlukan terutama dalam usaha menyusukan bayi masing-masing dengan kurniaan yang tidak terhingga iaitu Susu Ibu!

Sempena dengan sambutan kelahiran SusuIbu.com yang kedua ini, pihak penyelenggara telah mengemaskini beberapa perkara di Laman ini. Antara kemaskini yang terbaru adalah:

1. Ranking keahlian telah disusun atur mengikut jadual yang baru. Untuk maklumat lanjut mengenai polisi keahlian yang baru sila rujuk Bahagian Polisi Keahlian.

2. Ahli-ahli dibenarkan untuk menghantar pengiklanan di bahagian Pengiklananyang disediakan. Walau bagaimanapun, iklan yang dihantar haruslah berkaitan dengan penyusuan susu ibu.

Semoga dengan pertambahan umur ini, SusuIbu.com akan bertambah matang dari segi pengisiannya dan sumbangannya terhadap masyarakat.