SusuIbu.com Mencatat Keahlian Tertinggi

Pada 12 Oktober, 2004, SusuIbu.com telah menerima keahlian baru seramai 10 orang di dalam satu hari sahaja semenjak penubuhannya pada bulan April yang lalu. Sehingga ke hari ini, SusuIbu.com telah mempunyai ahli seramai 50 orang. Dengan statistik ini, menunjukkan SusuIbu.com telah mula mendapat perhatian dari rakyat Malaysia yang perihatin mengenai Penyusuan Susu Ibu. Kami di SusuIbu.com mengalu-alukan lebih ramai lagi individu yang ingin menyertai dan menyokong aktiviti di SusuIbu.com.

Kepada semua ahli baru, SusuIbu.com mengucapkan Selamat Datang dan diharap dengan keahlian baru ini, aktiviti di SusuIbu.com akan menjadi lebih aktif. SusuIbu.com amat mengalu-alukan ahli-ahli di sini bergiat aktif di ruangan Forum untuk berkongsi pengalaman dan pendapat mengenai penyusuan Susu Ibu. SusuIbu.com juga akan berusaha mencari dan mendapatkan ruang untuk ahli-ahlinya meningkatkan pengetahuan mengenai Kaedah dan Pengendalian Penyusuan Susu Ibu melalui bahan bacaan, seminar dan kursus-kursus yang dianjurkan di Malaysia.