SusuIbu.com Tersenarai di Global E-Map on Mother Support

Original Image
SusuIbu.com berbesar hati kerana telah diiktiraf oleh WABA sebagai salah satu Kumpulan Sokongan Ibu. Ini dibuktikan dengan SusuIbu.com tercatat di dalam peta dunia anjuran WABA yang menyenaraikan Kumpulan Sokongan Ibu (Mother Support). Sila layari Laman Web WABA untuk melihat peta tersebut.

Dengan penyenaraian ini, ibu-ibu yang memerlukan informasi mengenai kumpulan sokongan atau organisasi berkaitan penyusuan susu ibu, boleh mendapatkan maklumat kumpulan/organisasi tersebut dengan beberapa klik sahaja pada e-peta tersebut.

Pengguna juga boleh mencari maklumat tersebut berdasarkan kawasan/negeri/negara/benua mengikut jujukan penyenaraian yang ada.

Semoga dengan maklumat sebegini, kepentingan sokongan ibu akan lebih dihargai dan dapat dimanfaatkan oleh lebih ramai pengguna.