SusuIbu.My 2010-04-26 00:56:53

Original Image

Alhamdulillah seramai 50 orang peserta telah menyertai program Support Group Meeting yang dianjurkan oleh SusuIbu.com pada 25 April 2010 baru-baru ini. Ternyata SGM3 lebih menarik dengan adanya aktiviti Playgroup untuk kanak-kanak dan juga perbincangan kumpulan kaum bapa! Kali ini, topik yang dibincangkan adalah Normal Development for Breastfed Babies, dengan tema berwarna MERAH menunjukkan semangat semua yang sedang membara.

Lebih kurang jam 9:30 pagi peserta yang hadir telah membahagikan diri masing-masing kepada 3 kumpulan. Setiap kumpulan dikendalikan oleh seorang moderator. Masing-masing kelihatan bersemangat sekali berkongsi maklumat dan pendapat membincangkan topik yang diberikan. Topik perkembangan bayi yang menyusu ini selalu diperkatakan oleh ramai orang. Jadi, di sini, topik ini dikupas agar semua dapat berkongsi dan mengetahui bahawa setiap bayi adalah unik dan perkembangan mereka juga berbeza sama sekali.

Kumpulan pertama dikendalikan oleh Puan Nurshazura (@nurshazura). Seramai 20 orang ibu telah menyertai kumpulan ini, iaitu Nor Hanidah (@hanidah) & Nurzuhaila (@amnila) (co-moderator), Nik Zaleha (@niznim), Hamiza (@ummimiza), Norzie Nani (@issnanie), Azian (@ibu_umar), Ely Suhaili, Najwa Sazwana (@secret), Haryani (@mamaasya), Nur Syazwani (@mummyzara), Zakirah (@miumiu), Siti Hajar (@ibuEiymann), Nurul Akmal (@jahraa), Mariny Lubna (@tchernine678), Sarah Mahfuzah (@ummi_irdina), Madihah (@lemontree), Zulie Hafizah (@genzris), Evy Sofia (@evysofia78), Rattna Mas Ayu (@rasya), dan Wan Mardiana (@ibuimran).

Original Image

Antara perkembangan bayi menyusu yang dibincangkan dalam kumpulan ini ialah, setiap bayi adalah unik dan mereka mempunyai perkembangan yang berbeza antara satu sama lain. Susu ibu adalah yang paling baik, halal, paling suci dan juga tak ternilai jika dibandingkan dengan susu formula. Malah, bayi yang menyusu daripada ibunya akan mengalami perkembangan yang positif dari segi mental, fizikal dan juga emosi bukan hanya kerana kandungan susu tersebut tetapi juga kerana perlakuan penyusuan tersebut yang memberi kesempatan sentuhan kasih sayang maksima antara ibu dan bayi.

Original Image
Pembentangan Kumpulan 1

Original Image

Kumpulan kedua pula dikendalikan oleh Puan Hayatie Hashim (@hayatie). Seramai 17 orang ibu menyertai kumpulan ini iaitu Cik Rafidah (@lovebaby) (co-moderator), Ros Syakimah (@ma_shakey), Lenny Shergme Jasmin (@budani), Hazarina (@tumitu), Suhaimiza (@miza_su), Nik Hazifah (@nik_mm), Ismazura (@ajui75), Asmatul Akma (@akmaalias), Nur Liyana (@liyana), Zalizah (@aliza0805), Nurhidayu (@ayukhairy), Asmiza (@mija), Siti Norlia (@scudmami), Siti Salwa (@lk), Haznita Rose (@mummymeera), Norsuhaila (@suehaieyla), dan Azizah (@ummi_ilyas).

Original Image

Di dalam kumpulan ini pula, antara perkembangan bayi yang dibincangkan ialah perkembangan bayi bukan diukur pada saiz dan berat badan, tetapi milestone (kognitif). Dalam kumpulan ini, mereka membincangkan tentang perkara yang selalu diperkatakan oleh orang ramai bahawa bayi yang menyusu susu ibu, saiznya adalah lebih kecil berbanding bayi yang menyusu susu formula. Padahal isu saiz ini juga boleh bergantung kepada pelbagai faktor lain seperti faktor genetik. Dari segi kesihatan, bayi yang minum susu ibu jarang mendapat penyakit jika dibandingkan dengan bayi yang minum susu formula.

Original Image
Pembentangan Kumpulan 2

Original Image

Kumpulan ketiga pula dikendalikan oleh Puan Rita Rahayu. Kumpulan ini adalah pertama kali diadakan, di mana pada perjumpaan ini, kaum bapa diberi peluang untuk menyertai perbincangan. Kumpulan ini disertai oleh 10 orang bapa iaitu Encik Mohd Nazri, Encik Mohd Azran, Encik Ahmad Ajwad, Encik Elninor, Encik Md Hazrul, Encik Azwan, Encik Ithnin Ngadiman, Encik Mohd Mirza, Encik mahyudin dan Encik Azlysham.

Original Image

Di dalam kumpulan ini pula, perkembangan bayi yang minum susu ibu yang dibincangkan ialah : 1) Adalah normal jika bayi tidak buang air besar selama beberapa hari. 2) Bayi dapat merasa pelbagai jenis rasa makanan bergantung kepada pemakanan ibunya. 3) Berat bayi akan mengalami peningkatan yang normal. 4) Waktu bayi tidur adalah berbeza bagi setiap bayi. Adalah normal jika bayi bangun waktu tengah malam dan menyusu. 5) Bayi sendiri akan menunjukkan minat untuk makan makanan lain selain susu ibu. Jangan paksa bayi memulakan makanan pejal jika dia belum bersedia! Bayi akan lebih mudah menerima makanan yang biasa diambil oleh ibunya kerana telah rasa makanan tersebut telah dirasai melalui susu ibunya terlebih dahulu.

Original Image
Pembentangan Kumpulan 3 (kumpulan kaum bapa)

Original Image

Sesi playgroup juga diadakan khas untuk kanak-kanak yang berumur 2 hingga 6 tahun. Sesi ini dikendalikan oleh Teacher Farra. Seramai 7 orang kanak-kanak yang menyertai playgroup ini iaitu Adik Salman Al-Farisi, Adik Safi Nur Audadi, Adik Asya, Adik Umairah, Adik Zafran, Adik Muslim dan Adik Ilyana. Sesi ini dimulakan dengan bacaan Al-fatihah dan diisi dengan aktiviti lain seperti nyanyian, gerakan, sand’s arts, dan lain-lain.

Original Image

Beberapa ahli MBW telah turun ke padang. Kali ini mereka memberi fokus kepada penggunaan ‘pouch’. Ibu-ibu yang hadir tidak melepaskan peluang untuk mencuba sendiri dan mendapat tunjuk ajar dari guru-guru yang berpengalaman ini.

Original Image

Seperti biasa, acara ini diakhiri dengan santapan santai hasil sumbangan semua yang hadir. Sempat juga diselitkan acara menyambut ulangtahun kelahiran bersama ibu-ibu dan anak-anak SusuIbu.com yang lain.

Akhir kalam, kami di SusuIbu.com sangat bersyukur dengan sambutan dan komitmen yang telah diberikan oleh setiap yang hadir. Kami juga amat berbangga dengan sambutan yang diberikan oleh kumpulan bapa-bapa yang turut serta membincangkan topik yang diadakan kali ini. Syabas kepada kaum bapa! Mungkin di masa akan datang, kaum bapa juga boleh dilatih untuk mengendalikan kumpulan sokongan seumpama ini. Terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong program ini. Semoga bertemu lagi pada SGM akan datang pada bulan hadapan!