SusuIbu.My 2010-05-17 22:31:10

Original Image

Alhamdulillah, pada 10 Mei yang lalu, Nurturing Concepts Sdn Bhd telah mengadakan Majlis Pra-Pelancaran Susuibu.com International Lactation Conference 2010 yang akan berlangsung pada bulan Oktober nanti. Majlis ini diadakan di ibu pejabat Nurturing Concepts Sdn Bhd di Pusat Bandar Putra Permai, Seri Kembangan.

Majlis ini dirasmikan oleh Y.B. Datuk Rosnah Shirlin binti Hj Abdul Rashid Shirlin, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia. Turut hadir bersama ialah Puan Rita Rahayu Omar, Ketua Pengarah Eksekutif Nurturing Concepts Sdn Bhd, Puan Rokiah binti Don, Pengarah Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Wakil Media dan juga para jemputan. Terima kasih kepada semua yang hadir.

Original Image
Ucapan aluan Puan Rita Rahayu

Majlis ini dimulakan dengan ucapan aluan Puan Rita Rahayu, sebagai pengarah Nurturing Concepts. Majlis ini diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Y.B. Datuk Rosnah Shirlin. Di dalam ucapan tersebut, beliau menegaskan penyusuan ibu merupakan permulaan yang baik dalam kehidupan manusia. Kebaikan susu ibu bukan sahaja dirasai oleh ibu dan bayi, malah manfaatnya turut dirasai oleh ahli keluarga, masyarakat, alam sekitar dan negara itu sendiri.

Original Image
Y.B. Datuk Rosnah ketika memberi ucapan beliau

Datuk Rosnah sangat menyokong usaha yang dilakukan oleh pihak Nurturing Concepts dengan mengadakan persidangan ini dan berharap agar semua pihak professional tempatan akan merebut peluang untuk sama-sama bertukar pandangan dengan pakar-pakar laktasi antarabangsa seperti yang dijadualkan akan bersidang di sini.

Persidangan Antarabangsa ini julung-julung kalinya diadakan di Malaysia dengan menggabungkan kepakaran dalam bidang laktasi daripada beberapa negara. Menurut beliau, usaha ini adalah satu usaha murni yang perlu diambil peluang oleh semua bagi memartabatkan ilmu dalam penyusuan susu ibu dan laktasi.

Original Image
Perasmian Susuibu.com International Lactation Conference 2010 oleh Y.B. Datuk Rosnah

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, beliau merasmikan Majlis Pra-Pelancaran Susuibu.com International Lactation Conference 2010. Beliau mengakhiri ucapan dengan serangkap pantun,

Buai laju-laju
Sampai balik sana,
Minumlah susu ibu
Moga cantik budi bahasa

Original Image
Penyampaian cenderahati oleh Puan Rita Rahayu

Original Image
Perasmian Butik MomsLittleOnes

Sebaik sahaja upacara ini, Y.B. Datuk Rosnah Shirlin binti Hj Abdul Rashid Shirlin telah turut merasmikan Butik MomsLittleOnes yang bertempat di bawah Ibu Pejabat Nurturing Concepts Sdn Bhd. Acara bersejarah ini telah dimeterai dengan tandatangan yang diturunkan di atas plak yang disediakan. Suasana sungguh mengharukan apabila beliau menyatakan komen peribadi beliau di dalam buku tetamu NCSB sebagai – Keep on creating history and change lives, u did change mine, I pray that you will progress and lets create more babies the future of our nation 🙂

Original Image
Datuk Menurunkan tandatangan di atas plak yang disediakan

Original Image
Ketika sidang media sedang berlangsung

Original Image

Original Image