SusuIbu.My 2010-06-02 19:05:54

Original Image

Alhamdulillah..Support Group Meeting yang keempat telah berjaya diadakan. Kali ini seramai 22 orang peserta telah menyertai SGM4 yang dianjurkan oleh SusuIbu.com pada 30 Mei baru-baru ini. SGM kali ini telah berubah angin, dan telah diadakan di Tasik Raja Lumu, Shah Alam. Kali ini, topik yang dibincangkan ialah Managing 24-hours while Breastfeeding, dengan tema berwarna Hitam dan Putih.

Para peserta mulai hadir pada pukul 9:00 pagi, ada yang membawa seisi keluarga bersama dan ada juga yang datang bersendirian. Oleh kerana SGM kali ini jumlah pesertanya agak kecil, mereka hanya membentuk dua kumpulan iaitu Kumpulan Ibu-ibu dan Kumpulan Bapa-bapa. Seperti biasa, setiap kumpulan akan dikendalikan oleh seorang moderator dan di dalam kumpulan kecil itu, mereka semua akan berkongsi pandangan tentang tajuk yang diketengahkan.

Kumpulan Ibu-ibu dikendalikan oleh Puan Hayatie dan dibantu oleh Puan Hanidah. Seramai 12 orang ibu menyertai kumpulan ini iaitu Puan Ruqayya, Puan Nur Shadila, Puan Nur Afizah, Puan Asmatul Akma Afiza, Puan CIk Rafidah, Puan Nur Liyana, Puan Sainaz, Puan Juliana, Puan Zaliha, Puan Nurul Akmal, Puan Nurshazura dan Puan Shaza.

Original Image
Kumpulan Ibu-ibu

Perbincangan kali ini berkisar mengenai bagaimana mereka menangani kehidupan harian dalam 24 jam tanpa menjejaskan aktiviti penyusuan mereka. Sebetulnya, penyusuan ibu adalah sejenis pekerjaan yang tiada hentinya dan barangkali sukar untuk seorang ibu memohon ‘cuti’ daripada pekerjaan tersebut. Kreativiti dalam pembahagian masa inilah menjadi topik hangat yang dibincangkan.

Original Image

Pasukan bapa juga tidak ketinggalan berkongsi pendapat bagaimana mereka membantu menguruskan kehidupan 24 jam semasa isteri masing-masing menjalani aktiviti penyusuan. Kumpulan Bapa-bapa pula dikendalikan oleh Puan Zatul Hijanah. Seramai 7 orang bapa menyertai kumpulan ini iaitu Encik Nazri, Encik Zari, Encik Wan Syazli, Encik Muhammad Fadzly, Encik Mohd Afendi, Encik M. Fazri dan Encik Md Harith.

Original Image
Kumpulan Bapa-bapa

Original Image

Akhir sekali, kami di SusuIbu.com sangat gembira dengan kehadiran peserta baru dalam kumpulan perbincangan ini. Walaupun pada minggu tersebut adalah bersempena cuti Hari Wesak, namun mereka sanggup datang untuk berkongsi maklumat dan menyampaikan ilmu bersama. Terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong program ini. Sehingga bertemu semula pada SGM akan datang!