SusuIbu.My 2011-01-24 18:12:03

Original Image

AlhamdulillahPada 23 Januari 2011, SusuIbu.Com telah berjaya mengadakan Support Group Meeting (SGM) yang pertama untuk tahun 2011 ini. SGM pertama ini mendapat sambutan ramai dan dan juga dihadiri oleh ramai kenalan baru. Topik yang dibincangkan pada kali ini ialah "The Benefits of Human Milk - Why Breastfeed your Baby?".

Lebih dari 30 orang ibu dan bapa (serta beberapa pasangan yang bakal menimang cahaya mata) menyertai SGM kali ini. Mereka dibahagikan kepada 3 kumpulan di mana 2 kumpulan daripadanya ialah kumpulan ibu-ibu dan satu lagi adalah kumpulan bapa. Kumpulan ibu dikendalikan oleh Puan Cik Rafidah, Puan Norhaslina dan Puan Yusrina. Kumpulan bapa pula dikendalikan oleh Puan Nurshazura, Puan Norhanidah dan Puan Ismazura.

Setelah selesai perbincangan di dalam kumpulan masing-masing, wakil daripada setiap kumpulan akan membentangkan perbincangan mereka kepada semua yang hadir.

Antara perkongsian maklumat daripada ketiga-tiga kumpulan mengenai kebaikan susu ibu ialah:

1. Hubungan ibu dan anak semakin erat dan jika dibandingkan dengan anak-anak yang hanya mendapat susu formula. Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan menigkatkan hubungan kasih saying antara ibu dan anak.

2. Penyusuan susu ibu adalah lumrah kehidupan di mana ia merupakan tanggungjawab para ibu untuk memberikan yang terbaik kepada anak-anak mereka demi kebaikan dan kesihatan mereka. Susu ibu juga merupakan hak anak itu sendiri yang patut kita berikan.

3. Susu ibu adalah Free Of Charge (FOC) atau percuma. Jadi ibu bapa dapat menjimatkan kos pembelian susu formula yang terlalu mahal harganya di pasaran masa kini.

4. Susu ibu mudah diperolehi walau di mana sahaja ibu dan anak berada. Ia juga tidak mudah tercemar jika dibandingkan dnegan cara penyusuan yang lain.

5. Antara kebaikan susu ibu untuk anak-anak ialah:
a. Antibodi anak lebih kuat
b. Membantu proses perkembangan otak dalam meningkatkan kecerdikan anak-anak
c. Jika anak mengalami jaundis/demam kuning susuibu dapat membantu mempercepatkan pengeluaran bilirubin melalui pembuangan najis

6. Antara kebaikan kepada ibu itu sendiri ialah:
a. Mempercepatkan proses pengecutan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal serta membantu mengurangkan pendarahan selepas bersalin.
b. Penyusuan susu ibu juga membantu mengurangkan berat badan di mana setiap kali menyusukan anak, sebanyak 500 kalori di dalam badan ibu akan dibakar. Jadi tidak mustahil bagi ibu-ibu yang menyusui anak akan mendapat berat badan yang ideal atau sama sebelum dia mengandung.
c. Penyusuan susu ibu juga dapat mengurangkan risiko mendapatkan kanser payudara

7. Penyusuan susu ibu juga dapat membantu menjarakkan kehamilan jika ibu mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya.

8. Masa yang ada lebih terurus kerana ibu dan bapa tidak perlu lagi untuk bangun malam menyediakan susu lain kerana anak boleh menyusu terus daripada ibunya.

Perjumpaan kali ini diakhiri dengan pelbagai jenis juadah yang dibawa oleh peserta yang hadir. Sempat juga diselitkan majlis sambutan hari lahir adik Mohd Shafariz yang kelima tahun. Selamat hari lahir diucapkan daripada kami warga SusuIbu.Com!

Kami di pihak Susuibu.com sangat gembira dengan kehadiran peserta-peserta yang sering memeriahkan aktiviti yang kami adakan ini. Tidak lupa juga diucapkan selamat datang kepada ahli-ahli yang baru menyertai SGM ini. Semoga kita bertemu lagi pada SGM akan datang dengan topiknya Preparing for Birth & Breastfeeding pada 27 Februari 2011.

Original Image

Original Image

Original Image

Original Image

Original Image

Original Image

Original Image

Original Image