Temui SusuIbu.com di PKNS Bandar Baru Bangi

Buat pertama kalinya, SusuIbu.com akan menyertai sebuah Expo yang dianjurkan oleh Usahanita Cheras, di Bangunan PKNS Bandar Baru Bangi. SusuIbu.com akan berada di ruang legar PKNS Bandar Baru Bangi dari 25 Mac hingga 31 Mac, 2005. Kaunter SusuIbu.com akan dibuka dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam. InsyaAllah pelbagai promosi menarik akan di adakan sepanjang tempoh SusuIbu.com di sana. Ambillah kesempatan ini untuk mengenali lebih dekat SusuIbu.com dan dapatkan pelbagai barangan menarik yang ditawarkan pada harga berpatutan.

Antara promosi hebat yang akan diadakan nanti adalah:

– Promosi Medela Pump In Style (PIS)

– Set Ekonomi Penyusuan untuk Ibu Bekerja

– Pakej Baju Ibu dan Anak, khusus untuk ibu menyusu

– Pakej Barangan Penyusuan Gerber

– Hantar Soalan/Jawapan Ke Ruangan Soal Jawab atau Forum di SusuIbu.com dan nikmati potongan 10% ke atas pembelian di kaunter SusuIbu.com – Wajib mendaftar sebagai ahli terlebih dahulu. Pastikan anda menggunakan nama sebenar agar mudah dikenalpasti.

dan banyak lagi…

Jumpa anda di sana!!