Dari 29 hingga 31 Mac, 2005, wakil dari Moms Little Ones telah mengikuti Kursus Pengurusan Laktasi 18 jam di PPUM. Puan Rita Rahayu telah membuktikan bahawa untuk menjadi orang yang arif tentang penyusuan susu ibu, individu bukan warga perubatan juga mampu melakukannya. Ternyata, beliau telah berjaya mendapat tempat pertama di dalam kursus tersebut. Tahniah diucapkan!!
Semoga selepas ini lebih ramai lagi ahli dari SusuIbu.com mahupun dari mana-mana organisasi penyokong penyusuan susu ibu dapat menghadiri kursus seumpama ini dan mendapat manfaat darinya.