Wakil SusuIbu.com Mendapat Tempat Pertama

Sekali lagi SusuIbu.com berkesempatan menghantar wakil menyertai kursus Pengendalian Laktasi 18 jam yang diadakan di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Kursus kali ini dijalankan pada 21 September hingga 23 September, 2004. Di akhir kursus ini, suatu ujian telah dijalankan bagi menguji kefahaman setiap peserta. Alhamdulillah wakil dari SusuIbu.com iaitu Puan Harnee Saad telah berjaya dengan cemerlang dan mendapat tempat pertama dari keseluruhan peserta kursus. Tahniah Puan Harnee. Semoga segala ilmu yang diperolehi dari kursus tersebut dapat dikongsi bersama ahli SusuIbu.com yang lain.

Dari masa ke semasa SusuIbu.com akan mengumumkan kursus-kursus yang berkaitan Penyusuan Susu Ibu. Peluang akan dibuka terlebih dahulu kepada ahli-ahli yang berdaftar dengan SusuIbu.com. Oleh itu mendaftarlah dengan segera sebagai Ahli SusuIbu.com!!